Monday, October 11, 2010

Sangkar Baru.- 2 Tingkat, 16 sel.

Pembinaan sangkar baru sedang dijlnkan. Hampir 50% siap. 2 tingkat dan mempunyai 16 sel. Kos agak tinggi kerana terpaksa upah tukang utk menyiapkanya. Nak buat sendiri tak pandai. Mungkin dalam 2 hari lagi akan siap sepenuhnya. Sangkar ini akan didiami oleh arnab baka pedaging untuk dijadikan induk. Sebanyak 15 ekor arnab pedaging telah dibeli dari kedah. 3 jantan dan 12 betina. Diharap dengan adanya sangkar baru ni, kesemua arnab baka pedaging akan membesar dengan cepat dan sihat.

Thursday, October 7, 2010

Stok Pedaging , ND , Angora Satin Dan HL

Ari ni sebanyak 20 ekor anak baka pedaging, sepasang HL, 2 pasang ND dan sepasang Angora Satin telah sampai. Jauh perjalanan dia org ni, dr Kedah tu... Tq Cikgu Siti ( Arnab Changlun )kerana bersusah payah hantar sampai Kltn tp bebaloi cikgu Siti hantar krn bayarannya lumayan gak. Stok lum masuk sangkar lg dah ada ramai org yg berminat tp sori yg ni semua nak bela wat induk. Kalau nak blh je.... kena oder la dulu. Skg ni kat Kltn org dah mula minat nak bela arnab yg comel2, pasal harga dia org tak kisah sgt janji arnab yg dibeli dpt melahirkan anak. Antara baka arnab pilihan yg dicari spt ND, REX , Teddy Bear, EA , HL dan Angora. Baka arnab kampung dia org dah tak nak skg ni. Dia org dah tukar selera kepada arnab dr baka yg comel2.
Harap2 peminat arnab kat kltn ni akan bertambah dr hari ke hari.

Tuesday, September 28, 2010

Menternak Arnab

Memandangkan permintaan arnab hiasan yg tinggi.Saya bercadang untuk menternak arnab secara kecil-kecilan. Pada 20/9/10 projek menyediakan tempat menternak arnab sudah mula dijlnkan dan setakat hari ini, pemasang pagar setinggi 6 kaki telah siap bagi kawasan seluas 6000 kaki persegi. Proses membuat bumbung pula sedang giat dijalankan.Dijangka pada awal bln november ini aktiviti menternak sudah dapat dimulakan.

Wednesday, September 22, 2010

INTRO

Ini adalah Blog pertama yang saya cuba buat sendiri.Mungkin banyak kelemahan dalam blog ini dan banyak pembaikan yang perlu dibuat.Pandangan dan kritikan membina dari semua pembaca sangat dialu-alukan bagi penambah baikan blog ini.Tujuan menbina blog ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan haiwan yang bernama arnab disamping dapat mempamerkan kolaksi arnab yg saya miliki dengan semua insan yang mempunyai minat yang sama  berkaitan dengan arnab. Saya juga ingin meminta maaf kepada semua penulis blog yang berkaitan dengan arnab sekiranya terdapat maklumat serta gambar yang di ambil dari blog mereka.