Tuesday, October 19, 2010

JUALAN MURAH - BAGI MENGURANGKAN PENGHUNI SANGKAR.

Kepada sesiapa yg berminat utk mendapatkan arnab dgn harga yg murah blh lah hubungi saya. Kebanyakan arnab ni adalah induk dan yg betina nya pernah beranak. Antara baka yg nak dijual.
- Induk Teddy bear betina - 2 ekor.- pernah beranak

- Induk Lion Head jantan - 2 ekor - pernah membuntingkan sibetina


- Induk Lop Ear Sepasang - pernah beranak.


- Sepasang ND - Matang


- Anak baka pedaging NZW - 30 ekor- 3 bln.


Semua arnab ini ( HOME BREED )
yang berminat boleh hubungi saya segera.
tentang harga boleh dirunding sampai jadi.

SANGKAR BARU DAH SIAP SEPENUHNYA,

Sangkar baru dah siap sepenuhnya. Tp masih tidak dapat menampung bilangan penghuninya yg banyak. Nampak gaya terpaksa bina lagi sangkar baru yg lebih besar. Buat masa skg ingat nak lego setengah dr arnab yg ada bg mengurangkan penghuni sangkar tu. sesiapa yg berminat nak beli blh lah hubungi saya.Kali ni terpaksa jual dgn harga yg murah sikit. Antara baka yg ada dan yg nak dilego tu - EA, Teddy Bear, Hl, Angora, Lion Head, Rex dan juga baka pedaging.

Monday, October 11, 2010

Sangkar Baru.- 2 Tingkat, 16 sel.

Pembinaan sangkar baru sedang dijlnkan. Hampir 50% siap. 2 tingkat dan mempunyai 16 sel. Kos agak tinggi kerana terpaksa upah tukang utk menyiapkanya. Nak buat sendiri tak pandai. Mungkin dalam 2 hari lagi akan siap sepenuhnya. Sangkar ini akan didiami oleh arnab baka pedaging untuk dijadikan induk. Sebanyak 15 ekor arnab pedaging telah dibeli dari kedah. 3 jantan dan 12 betina. Diharap dengan adanya sangkar baru ni, kesemua arnab baka pedaging akan membesar dengan cepat dan sihat.

Thursday, October 7, 2010

Stok Pedaging , ND , Angora Satin Dan HL

Ari ni sebanyak 20 ekor anak baka pedaging, sepasang HL, 2 pasang ND dan sepasang Angora Satin telah sampai. Jauh perjalanan dia org ni, dr Kedah tu... Tq Cikgu Siti ( Arnab Changlun )kerana bersusah payah hantar sampai Kltn tp bebaloi cikgu Siti hantar krn bayarannya lumayan gak. Stok lum masuk sangkar lg dah ada ramai org yg berminat tp sori yg ni semua nak bela wat induk. Kalau nak blh je.... kena oder la dulu. Skg ni kat Kltn org dah mula minat nak bela arnab yg comel2, pasal harga dia org tak kisah sgt janji arnab yg dibeli dpt melahirkan anak. Antara baka arnab pilihan yg dicari spt ND, REX , Teddy Bear, EA , HL dan Angora. Baka arnab kampung dia org dah tak nak skg ni. Dia org dah tukar selera kepada arnab dr baka yg comel2.
Harap2 peminat arnab kat kltn ni akan bertambah dr hari ke hari.